SKETSA

Ahad, 13 Mei 2012

Tentatif Tabuh Pendeta Bulan 5


Bersiap-siaga barisan yuda Tabuh Pendeta...demikian segala qada' pengingat telah diberikan...ada yang suka-suka, ada yang suka-duka...huh..huh..huh..irama teruja...yeah...bulan 5 ni, alhamdulillah rezeki mencurah-curah datang kepada kumpulan kami (Tabuh Pendeta)...semakin banyak jugakla kami beroleh pengalaman dan pelajaran baru hasil daripada semua itu...sekurang walau tidak hebat digelar, kami sudah tidak sekecil dari mual tumbuh...

Berikut tentatif Tabuh Pendeta Bulan MEI:

1- 16/5 = Persembahan Aksis...datangla beramai-ramai menyaksikan kumpulan kami dengan persembahan yang lain daripada yang lain...

2- 18/5 = Persembahan dikir llabo di kedai makan kat sutera indah sempena penjualan cd dikir Red Warrior...
Tabuh Pendeta vs Senawang

3- 23/5 = Persembahan Dikir Kreatif di Putrajaya...tempat belum dapat dipastikan lagi...terdapat juga kumpulan dikir barat yang lain dari Lembah Klang dan sebagainya...konsep yang dipersembahkan mesti kreatif dan jangan terikat pada dikir barat...menarik kan?...datangla....huhuhu

4- 26/5= Pertandingan Dikir Barat di Ampang...hadiah juara rm2000...(tengoh xdop pitih nih)...haha

5- 28-30/5= Persembahan dikir di Singapura di bawah Akademi Dikir Barat Arjunasukma ...
(Tukang Karut sahaja)hehe...sempena Singapore Festival Arts 2012...
Tok Juara...Tengku Helmy...wah...gembira nampak!!!..dont be folding babeh...haha

Namanya Azreen...ketua awak-awak, orang kuat dalam kumpulan kami...solute you!!!
Inilah kekuatan kami...Hubungan dengan ALLAH sentiasa dijaga...
-----> okey sep2 kito...harap pakat alert la dengan jadual tu...tumpukan pada lapangan kita...moga ALLAH memudahkan urusan Tabuh Pendeta...!!!...

M.Nasir - Langgam Pok Dogo - Lirik



  

Lirik-bukan sebarang lirik...kita patut berbangga apabila seni kita di angkat ke tempat yang lebih tinggi...al-faatihah kepada tokoh-tokoh dikir barat yang telah meninggal dunia...patah tumbuh, hilang berganti...

dikir karut-Mat Mascoby,Muslih Sang Saka,Mie Harimau, Sunan Malaya



 

BISMILLAHI RAHMAANI RAHIIM...syukur ku kepada ALLAH tuhan yang sentiasa melimpahkan rezeki tanpa berbeda latar agama...Engkaulah tuhan yang memiliki Langit dan Bumi...selawat serta salam junjungan besar nabi Muhammad S.A.W...'AKU MERINDUIMU'...

ALHAMDULILLAH...sekali lagi diberi kesempatan masa dan waktu juga idea daripada ALLAH tuhan seluruh agama dan agama yang benar hanyalah ISLAM...ALLAH...ALLAH...ALLAH

Video di atas bertempat di Dataran Merdeka, sempena penganjuran Bazar Seni Industri Kreatif Budaya yang dilangsungkan setiap bulan minggu ke-2, berhasrat seni warisan 'Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'...Terima Kasih dan syabas buat Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara (JKKN) di atas kesedaran ini...thanks a lot...!!!

Sunan sebenarnya amat berterima kasih kepada adiguru (ABE YIE  http://arjunasukma.com/) di atas kepercayaan untuk sama-sama menghiburkan rakyat Kuala Lumpur di Pentas yang cukup besar bagi Sunan...moga ALLAH mempermudahkan segala urusanmu guru!!!...

Okey...cerita di sebalik video tu...12/5/2012...mungkin menjadi satu sejarah buat Sunan. 4 orang yang berada dalam video tu, dua daripadanya adalah guru hamba..."Mat mascoby dan Muslih Sang Saka"...Sunan ni dikira beruntungla sebab dapat buat show bersama guru sendiri...banyaklah pengajaran, kritikan, dorongan yang Sunan dapat hasil daripada 'perbuatan' di pentas itu...dalam hidup ini...Sunan terlalu suka untuk belajar berdasarkan pengalaman...memang, kesalahan mesti ada...pun begitu, hanya itulah yang dapat membuatkan kita lebih hebat di masa hadapan.!!!

Kalau nak ikutkan, ini adalah persembahan yang ke....(belas-belas) kot...hehe...al-hasil...ternyata apabila Sunan melihat pada persembahan yang pertama dan yang terbaru, memang banyak ketara perbezaannya...lebih maju kot dan semakin kurang kesalahan dilakukan...xpe...sekurang-kurangnya tidaklah termasuk sebagaimana hadis nabi...orang yang celaka adalah hari ini lebih teruk dari semalam, orang yang terpedaya adalah hari ini sama dengan semalam dan akhir, orang yang untung adalah orang yang lebih baik dari semalam...so...yang ketiga la kot...hehe

Sunan sendiri dapat merasakannya...alhamdulillah...setiap peluang Sunan akan sentiasa gunakannya dan seperti biasa, setiap kali buat persembahan, ilmu baru yang berlainan akan dapat, yang mana takkan terdapat di mana-mana pelajaran sekolah, melainkan dengan diri sendiri mencubanya...

Setiap pentas adalah berbeza. Berbeza disebabkan oleh situasinya, audiennya, mekanismanya, waktunya...sebab itu, kalau sudah berjaya di Dataran Merdeka, belum tentu boleh berjaya di pentas yang menyusul...'Berjaya' di sini bermaksud berjaya menghiburkan penonton...pelajaran yang dapat diambil di sini, sebelum membuat persembahan, kaji dahulu audiennya, tajuknya, gaya persembahannya....sebab itu perlunya pengalaman membimbing kejayaan kita di atas pentas!
'NO EXPERIENCE, NO WINNER'...

Hasil daripada persembahan itu, Sunan memohon untuk abang Halim Yazid (juga Guru Sunan) berkomentar sedikit kebetulan beliau ada semalam bersama keluarganya....














"It seem like you should practive more and try harder," katanya kepada Sunan...

Sabtu, 12 Mei 2012

Terbaik

Menjadi yang terbaik tidaklah mustahil, tapi memerlukan daya usaha, keinginan, serta kemahuan yang jelas bagi memastikan apa yang dikejar benar-benar dapat. Setiap orang mesti mahu menjadi yang terbaik, mana ada orang yang mahu menjadi 'biasa-biasa' saja...kalau ada bermakna orang itu kurang jelas matlamatnya....yelah...dalam setiap perjalanan kita mesti biar sampai ke puncak destinasi yang dituju, kalau hanya sampai sekerat jalan...erm...kasihan...

Bercakap lebih mudah daripada membuktikannya sendiri, sebab itulah ukuran kejujuran seseorang dapat dinilai di sini...kata mencintai tetapi kenapa mendustai...kata sayang tetapi kenapa curang. Tingkah laku kita sebenarnya mengukuhkan atas apa yang kita ucapkan...berbalik kepada persoalan, 'MENJADI YANG TERBAIK'.  Yeahh...kalau itu bagai yang dikata, maka tolonglah untuk membuktikannya dengan perbuatan kita...nak dapat exam nombor 1 tapi malas mengulang kaji pelajaran, so dapat x? Kate jugak nak masuk syurga ALLAH, tapi sembahyang tak buat!!! So, dapat x?

hehe...itu baru sahaja mukaddimah...ni baru nak masuk isi...jadi bagaimana untuk menjadi yang terbaik?

1- Menjadi orang bodoh

Ya...terlebih dahulu, kita mesti menjadi orang yang bodoh means orang yang paling tidak tahu...dan memang itulah adab-adab dalam Islam meskipun kita sudah tahu atau berlainan pendapat.

2- Terima Kritikan

Ini sudah semestinya, belajar tanpa kritikan akan membuatkan kita tumpul seni, syok sendiri dan yang lebih teruk menganggap kita lebih hebat. Terimalah kritikan dengan terbuka keran kritkan sebenarnya mencerminkan kelemahan kita...atasilah setiap kelemahan kita dengan kritikan membina daripada guru, kawan dan jugak musuh.

3- Meniru orang yang telah berjaya

Meniru di sini bukan lah plagiat atau menciplak hasil seni orang, akan tetapi lebih menjurus kepada 'bagaimana' cara yang dilakukan oleh orang itu sehingga dia berjaya.

4- Jadikan Kesilapan Guru Paling Berguna

Pengalaman mendewasakan akal fikir, tingkah laku dan sebagainya...


                 (penulis menulis berdasarkan pengalamannya dalam meniti arus seni dikir barat)

Selasa, 8 Mei 2012

Aku Cipta Sebuah Sajak Palsu

Riuh sekampung mendengar alunan asyik
Sambil melaung terpekik-pekik
Mencari untung yang sudah pun carik
Padahal bohongnya jelas walaupun tatapnya cantik...

Yang asyik terus dibuai mimpi
Yang terpekik terus tak sedari
Yang carik terus ditampung tanpa sepi
Yang cantik terus mengintai kosong diri

Tak terbatas dunia ini kalau mahu yang mahu
Asal saja tahu begini agar tak jemu
Permainan seni bukan hanya untuk kamu
Untuk juga yang terkini, yang lama, dan bakal bertamu

Sengaja aku cipta sebuah sajak palsu
Permainan dusta tipu menipu
Agar semua percaya inilah melayu
Yang bersih hanya wata' maitu...

~kharla



Jom Kenal Dikir Barat...



PENGENALAN DIKIR BARAT


          Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

          Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

           Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.


ASAL  USUL

a)   Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam.

Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua- dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

b)   Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.

Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.


c)   Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang.

Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan
lagi dikir barat.


AHLI KUMPULAN
Tukang Karut perlu berdiri semasa mengalunkan lagu

          Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awak-awak (Selalunya antara 15 ke 30 orang).

a)   Tukang Karut

Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir dua kali.


b)   Juara @ Tok Jogho

Juara merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, juara juga terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya di awal permainan) , tapi masanya tidaklah lama, Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan, tetapi Tukang Karut mendendangkan karutnya sambil berdiri.

c)    Awak-awak

Awak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat. Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak.
Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan seorang ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.


LAGU KARUT DIKIR BARAT

Di antara lagu-lagu Dikir Barat yang terkenal ialah:
1.    Karut Kelantan Cepat.
2.    Karut Kelantan Anjur (Perlahan)
3.    Karut Petani
4.    Karut Wok Yoh
5.    Karut Pendek
6.    Karut Yengki Cepat
7.    Karut Yengki Anjur
8.    Karut Yengki Tengahan (Sederhana)
9.    Karut Yengki Ding Ding
10.  Karut Hala
11.  Karut Selampit
12.  Karut Menora
13.  Karut Jenaka Mak Yong
14   Karut Wau Bulan
 Ada tiga jenis irama  Dikir :-

1.    Irama Asli
2.    Irama Padang Pasir.
3.    Irama Hindustan.

PEMBAHARUAN DALAM DIKIR BARAT

   Semenjak pihak RTM (Radio dan Televisyen Malaysia) menyiarkan Dikir Barat ini sebagai salah satu rancangannya dan juga semenjak diadakan pertandingan Dendang Rakyat yang sekarang ini dikenali sebagai Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan, Dikir Barat ini mengalami beberapa proses perubahan dari beberapa segi.  Perubahan dan pembaharuan terdapat di dalam bentuk pakaian, tempat, cara persembahan dan juga lagu-lagu yang didikirkan.

   Pada asalnya tidak ada pakaian seragam di dalam permainan dikir barat, tapi sejak kebelakangan ini dan sejak diadakan pertandingan Dikir Barat dalam Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan kebanyakan pasukan Dikir Barat ada mempunyai pakaian seragam bagi kumpulan masing-masing.

   Lagu-lagu yang didikirkan kebanyakannya bertemakan pembangunan, dasar ekonomi baru kerajaan, pembelajaran, perpaduan, kebudayaan dan lain-lain. Tidak terdapat lagu-lagu berunsur lucah didikirkan seperti beberapa tahun yang lalu.

   Di peringkat antarabangsa pula, dikir barat telah menjadi aktiviti para muda mudi di Singapura. Dikir barat di sana begitu hebat aktivitinya sehinggakan terdapat lebih daripada 5 pertandingan sepanjang tahun dan dijalankan secara komersial dan besar besaran.

   Untuk mengekalkan budaya dikir barat di Malaysia, pertandingan di peringkat sekolah telah diadakan pertandingan ini setiap tahun yang mana diselitkan dalam Karnival Seni Pencegahan Dadah.

PENUTUP

   Demikianlah persembahan Dikir Barat yang asalnya adalah dalam bentuk Dikir yang diubah suai dengan pantun-pantun yang ada dalam masyarakat melayu. Kemudiannya diselit dengan lagu-lagu lucu, sedih dan sebagainya.

   Dikir Barat ini berkembang begitu pesat dengan tertubuhnya beberapa kumpulan Dikir Barat di tanahair dan telah menjalani beberapa proses perubahan dan pembaharuan.  Dikir Barat bukan sahaja sebagai arena hiburan tetapi ianya juga mampu menyampaikan "mesej"  Kerajaan kepada rakyat dan cara pemikiran masyarakat.

Peralatan muzik yang digunakan dalam dikir barat termasuk rebana ibu, rebana anak, marakas, canang dan gong.












Selasa, 24 April 2012

Karut laju Mat Mascoby and Sunan Malaya



huhuhu...video di atas semasa persembahan kiteowang kat Senawang sempena majlis perkahwinan...layan jela...persembahan kali ini amat membuka mata Sunan mengenai cara berdikir di atas bangsar/padang yang mana amat berlainan daripada dikir biasa...Inilah kali pertama diberi pendedahan...mungkin dalam entry lain kot...hamba akan menghuraikan pengalaman mengarut bersama tok guru Sunan iaitu Mat Mascoby....hehehe...jangan luper...tonton video di atas yerppp...

Perlukah...?

   

Assalamualaikum... Segala puji bagi ALLAH, tuhan pencipta seluruh alam, kepada-Nya lah kita akan dikembalikan dan akan dipersoalkan atas apa yang kita lakukan di dunia ini...Oleh itu, perlakukanlah amal yang baik wahai diri ini dan juga saudara kalian...Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam yang amat dikasihi seluruh petala kehidupan, dan daripada NUR nya lah seluruhnya alam diciptakan...Moga kita semua mendapat syafaat nabi di akhirat nanti dan bersama meneguk di markaz telaga kausar kelak...aamiin...ALLAH...ALLAH...ALLAH...

Alhamdulillah...syukur...diberi kesempatan masa dan waktu untuk menjirus sedikit coret dan baja peringatan di dalam blog Tabuh Pendeta untuk kali ini...agar ia sentiasa nampak segar berkembang biarpun musim berbuahnya belum sampai...erm...Sunan memang sibuk ; assignment; latihan dikir barat; tugasan lain...sehingga hampir tak punya masa untuk update dalam blog Tabuh Pendeta ini...hehehe...

Pertandingan RTM dan Pertandingan Tahun Melawat Kelantan

Setelah hampir seminggu kiteorang (USIM) cuti midsem, kini tibalah masa kembali ke USIM dengan dada terbuka untuk menjawab midterm, penambahan assignmnet, dan segalah masalah kehidupan mahasiswa yang panas diperkatakan..,huhuhu...termasuklah beberapa pertandingan dikir barat dan juga persembahan...Oleh kerana ini blog khas dikir barat, agak khurafat lah jika Sunan menstory benda-benda yang tak related...haha...erm...sebut pasal dikir barat ni...minggu ni kami memang sibuk berlatih sebagai persediaan untuk menghadapi 2 pertandingan besar iaitu...(seperti yang di atas)...

RTM

Huh...ini adalah julung kali @ kali pertama team kiteorang masuk. Memang takut dan excited jugak lah sebab pertandingan di RTM ini adalah berpestij dan ia jugak pastinya dikejar oleh mana-mana kumpulan dikir barat yang tumbuh di Malaya ini. Tapi team kami pun belum pasti lagi dapat masuk ke pertandingan itu atau tidak disebabkan ianya terlebih dahulu dibuat pemilihan iaitu pada Ahad ni (22 April) di Angkasapuri Kuala Lumpur...bercerita tentang konsep pemilihan ini, Sunan kurang pasti la bagaimana ia dibuat, kerana kami diberi arahan pergi ke sana untuk recording sahaja, dan akan diperdengarkan kepada pendengar radio, dan akan dipilih sendiri oleh audien (rasanyela)...kalo salah maklumat sorila...huhu...mengenai syarat, separuh masa pertama 8 minit, dan kedua 5 minit...bahagian awak-awak pulak, duk likung je (dikir llabo)...andai dapat untuk pemilihan ini, barulah akan diberitahu adventure seterusnya,..insyaALLAH...(diberi kejayaan)...tajuknye pulak, bebas..nak cakap hal Amerika ke, Aeron Aziz gaduh nga Zed Zaidi ke, Lembu menjadi Kambing ke...tak kisah..hahaha...yang penting nak cakap...bebas je...pada pukul 2 petang...get ready sep kito Tabuh Pendeta...don't be folding.....habis cerita misi pertama...DONE!!!

TAHUNMELAWATKELANTAN

huhuhu.....yang ni cam xnak citela...kan kene auku...ALLAHUTAALA A'LAM....moga kami diberi kejayaan atas kesusahan, kegigihan dan segala amal usaha kami...ya ALLAH...kami memohon kepadaMU diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini...nak tahu cerita selanjutnya?....tunggula entry seterusnya....









Isnin, 23 April 2012

TENANG




Assalamualaikum...tenang dan syahdu pada malam ini...sesungguhnya...tenang itu adalah sesuai dengan fitrah semua manusia...orang yang tiada tenang dalam hidupnya akan sentiasa melakukan sebarang pekerjaan dengan gopoh gapah, tiada banyak manfaat padanya, kurang kualiti, fokusnya tumpul, cepat putus asa tanpa memaling pada posisi yang lain...sebab itulah..solat adalah sesuatu yang boleh 'menenangkan' jiwa gundah manusia...melalui doa, zikir, sebutan yang dibuat dengan penghayatan...
Firman Allah s.w.t: ‘’Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’ (Surah Al-Ankabut,45)...

Dalam seni juga...konsep tersebut mungkin boleh dipraktikkan..."TENANG'...
yerp...dengan tenang, kita mampu mengawal segala yang mungkin diluar mampu kita...Video di atas satu bukti yang kami boleh tunjukkan...persembahan pertama kami (Tabuh Pendeta) yang boleh dikira berjaya pada hemat kami yang di dalam kotak kecil ini...pada masa itu, kami sekumpulan menghadapi beberapa masalah seperti ketiadaan pemuzik, kurangnya anggota, tukang karut baru mengenal wataknya dan begitu juga tok joro nya...huhuhu sedangkan hanya beberapa hari sahaja lagi kami diminta membuat persembahan sempena ANUGERAH KECEMERLANGAN MAHASISWA (AKSIS) 2011...

Al-hasil ada pada anda yang menonton...apakah itu dikira bagus? Tapi bagi kami, itu dah cukup berjaya...kalau darjah 6 pandai baca al-fatihah, orang anggap biasa, tapi kalau 6 tahun yang sudah khatam al-fatihah...mak apaknya da cukup bangga...begitulah kami...asalkan...tenang menghadapi apa yang berlaku...kita mungkin nampak kekurangan kita...oh...rupanya kekurangan kita itulah kelebihan kita!!!...











Tabuh Pendeta cuba nasib pertandingan di RTM

MANTAP...menunggu separuh masa kedua bermula
SEWAKTU tiba di perkarangan studio rakaman

NILAI – Kumpulan Dikir Barat Tabuh Pendeta, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), buat julung kalinya ‘mencuba nasib’ dengan menyertai Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2012, peringkat saringan anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), bertempat di Angkasapuri, Kuala Lumpur, dekat sini.
“Inilah kali pertama kumpulan kami menyertai pertandingan yang berprestij, harap-harap dapatlah masuk ke peringkat seterusnya,” jelas Tengku Helmy Farhan Raja Za’im, 20, yang juga sebagai tok juara kumpulan.
Seramai 22 orang ahli terlibat termasuk tok juara dan tukang karut , 15 awak-awak, dan lima pemuzik yang terdiri daripada fakulti berlainan.
Selain daripada itu, pertandingan ini juga disertai oleh lapan kumpulan yang rata-ratanya dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Ketua kumpulan, Muhammad Azreen Yahya, 22, berkata, “Alhamdulillah, walaupun persaingan sengit, kami telah menunjukkan persembahan yang terbaik kerana kami ada tukang karut atau gelaran (Sunan Malaya) yang pandai mencuit hati hadirin melalui aksi lucu spontan dan isi kata yang tepat.”
Menurut penerbit,  Encik Roslan, format pertandingan kali ini berbeza dari sebelumnya yang mana pemilihan dibuat berdasarkan pemilihan audien melalui radio yang akan disiarkan pada setiap hari rabu sebelah petang, dan diwakili beberapa juri berpengalaman. Keputusan peringkat saringan ini akan diumumkan pada penghujung bulan Mei nanti.
TEMPAT rakaman Pertandingan Dikir Barat peringkat saringan
“Hanya lapan kumpulan sahaja daripada seluruh Malaysia yang akan kami pilih untuk ke peringkat seterusnya  dan empat kumpulan pada separuh akhir.
Manakala untuk final kita akan siarkan secara langsung di RTM  dengan diwakili dua pasukan terhebat untuk berentap merebut gelaran juara dikir barat kebangsaan,” katanya selepas sesi saringan yang berakhir pada jam 5 petang.
          Pertandingan yang sudah lebih 10 tahun dianjurkan ini dibuat seluruh Malaysia dengan tarikh yang berlainan mengikut negeri masing-masing dan juga terbuka kepada mana-mana kumpulan kecuali kumpulan yang pernah menjuarai pertandingan sebelum ini.

Selasa, 3 April 2012

Naib Johan Dikir Barat Kraftangan 2012

PERSEMBAHAN mantap yang ditunjukkan oleh Tabuh Pendeta sewaktu berentap di Pentas Akhir


 ALHAMDULILLAH...segala puji bagi ALLAH yang telah memberi segala rahmat dan hidayah ke atas sekalian hambanya yang beriman dan beramal soleh, selawat serta salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w, moga kita semua mendapat syafaat nabi di hari akhirat kelak dan selamat daripada segala fitnah di padang mahsyar....aamiin...
Rasanya inilah kali pertama entri ini ditulis dalam blog Dikir Barat Tabuh Pendeta , almaklumlah, sibuk yang teramat sehingga lama benar tiang dipacak, namun baru sekarang mahu di masukkan 'roh' nya...hehe..
'Perkakas' yang Sunan Malaya mahu hikayatkan pada kali ini berkenaan kejayaan kumpulan Tabuh Pendeta merangkul gelaran Naib Johan dalam Pertandingan Kraftangan 2012. Ini adalah kejayaan kedua kumpulan kami setelah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan komuniti bulan 2 yang lalu. Pertandingan yang diadakan di jalan conlay Kuala Lumpur ini sempena dengan penganjuran Hari Kraftangan Malaysia 2012. Sebanyak 10 kumpulan yang terlibat dalam memeriahkan persaingan ini antaranya Suara Muda, Sungai Penchala, UKM, Sekolah Menengah Ampang, dan beberapa yang lain lagi...maaf...saya tak berjaya untuk menghafal semuanya, tapi kemantapan dan ke bisa an setiap kumpulan memang tidak dapat dinafikan..masing-masing ada 'jantan'. Namun, hanya 4 kumpulan sahaja yang dipilih untuk berentap maut pada episod akhirnya termasuklah kumpulan  Tabuh Pendeta


MENGARUT bersama Sabri Yunus
yang berjaya melepasi setiap gelung dawai yang beracun...Johan kumpulan adalah kumpulan  Suara Muda yang dianggotai oleh mahasiswa UM, dan tukang karutnya Sina Kencana..(musuh dalam selimut) saya...hehe....saing saya semasa didalam Pentas Dikir ..Selain mendapat Naib Johan, Tabuh Pendeta juga mendapat sekali lagi kipas segar kerana Tok Juara kami mendapat Tok Juara terbaik...kami pulang dengan RM3000...namun, tak pasti...setiap kami dapatkah nilai sebesar itu atau hanya berjuang kerana ALLAH semata-mata...hehehe...


Meraikan kegembiraan setelah dinobatkan Naib Johan dan Tok Juara terbaik kraftangan 2012