SKETSA

Rabu, 20 Februari 2013

Lawe Dop..!

Pejam celik pejam celik, tahun 2013 telah pun 'bersahabat'... oh bulan Februari yang sedang ku isterikan sekarang ini, begitu gumbira rasanya... eh... Assalamualaikum semua..salam seni budaya buat warga penggiat seni khususnya ahli-ahli dikir barat Tabuh Pendeta dan Anjung Aksara...warh, lame beno tak mengupdate blog TABUH PENDETA ini... al-maklumlah, hamba aka Sunnan Malaya sibuk sangat...dan hamba pun x pasti ape kebende yang disibukkan itu...hehe

Syukur dan syukur buat Maha Pencipta, yang sentiasa mencipta ruang dan peluang buat setiap hambanya untuk menyelusuri kenderaan taubat... Nikmat sentiasa diberikanNya sama ada kecil ataupun besar...yang penting kita kena sentiasa bersyukur dan bersyukur atau am nya...hamdalah...'alhamdulillah'...ALLAHUAKBAR...

Wah...macam blog mujahidin plak...hehe...xpe...penggiat seni macam kita pun boleh dicopkan sebagai mujahidin jugak...kita berjihad melalui seni budaya kita. Tidak salah adat budaya selagi bertapakkan syariat dan selagi tidak terkeluar daripadanya...dan Alhamdulillah kita (Tabuh Pendeta) walau sekecil langkah telah pun menjiruskan angin-angin keredhaan pada seni indah ini...soal ibadat wajib atau sunnah, tidak sesekali diabaikan, tegur-menegur, saling memperbaiki diri senantiasa dijoggingkan setiap kali kita bersua sama. Apa yang penting, dakwah tidak hanya pada kata-kata, tapi melalui perbuatan atau sikap... Disiplin masa adalah yang paling tinggi. Bukan sahaja ianya dituntut dalam agama, malah seoalah mencerminkan sikap diri. Contohnya, kalau lah kita berjanji untuk latihan pukul 9 malam, rasanya 8.30 tu da semua boleh datang...sekiranya team kita dapat berprinsipkan pegangan itu, oh...secara tak langsung...untuk subuh pukul 6, pukul 5 dah bertahajjud...hehe...nampak x permainan tu..? nampak x..? Nak beritahu, konsep masa secara tidak lansung mencerminkan betapa kita mematuhi 'kerja' tuhan secara berdisiplin...kalau da selalu melanggar masa, ah...begitu juga solat...sudah tentu sentiasa melewat-lewatkan atau juga qada' terus...huhuhu (Pesan pada diri sendiri)

Mungkin sisipan peringatan ini boleh diambil secara serius oleh adik-adik baru (Junior @ ANOK MOK) atau juga sinonimnya 'Anjung Aksara'... owh...lupa...'mereka' adalah pelapis baru untuk geng Tabuh Pendeta. 'Anjung Aksara' atau secara akronimnya; Al-quraN disanJUNG, AKhlak SAma dipelihaRA...
Moga kalian terus sukses mengangkat seni dikir barat ini...banyakkan latihan dan sentiasalah bertanya abang-abang senior...


Akhir kalam, xda guna Sunan berhujah panjang, ada mase dan kesempatan dapek hamba menulis lagi...berdoalah agar bukannya tahun depan entri baru boleh dipostkan...hehehe... hey SSSHAALOMM...!

                                             KENANGAN...bergambar selepas sarapan pagi di rumah Daus
                           

Ahad, 13 Mei 2012

Tentatif Tabuh Pendeta Bulan 5


Bersiap-siaga barisan yuda Tabuh Pendeta...demikian segala qada' pengingat telah diberikan...ada yang suka-suka, ada yang suka-duka...huh..huh..huh..irama teruja...yeah...bulan 5 ni, alhamdulillah rezeki mencurah-curah datang kepada kumpulan kami (Tabuh Pendeta)...semakin banyak jugakla kami beroleh pengalaman dan pelajaran baru hasil daripada semua itu...sekurang walau tidak hebat digelar, kami sudah tidak sekecil dari mual tumbuh...

Berikut tentatif Tabuh Pendeta Bulan MEI:

1- 16/5 = Persembahan Aksis...datangla beramai-ramai menyaksikan kumpulan kami dengan persembahan yang lain daripada yang lain...

2- 18/5 = Persembahan dikir llabo di kedai makan kat sutera indah sempena penjualan cd dikir Red Warrior...
Tabuh Pendeta vs Senawang

3- 23/5 = Persembahan Dikir Kreatif di Putrajaya...tempat belum dapat dipastikan lagi...terdapat juga kumpulan dikir barat yang lain dari Lembah Klang dan sebagainya...konsep yang dipersembahkan mesti kreatif dan jangan terikat pada dikir barat...menarik kan?...datangla....huhuhu

4- 26/5= Pertandingan Dikir Barat di Ampang...hadiah juara rm2000...(tengoh xdop pitih nih)...haha

5- 28-30/5= Persembahan dikir di Singapura di bawah Akademi Dikir Barat Arjunasukma ...
(Tukang Karut sahaja)hehe...sempena Singapore Festival Arts 2012...
Tok Juara...Tengku Helmy...wah...gembira nampak!!!..dont be folding babeh...haha

Namanya Azreen...ketua awak-awak, orang kuat dalam kumpulan kami...solute you!!!
Inilah kekuatan kami...Hubungan dengan ALLAH sentiasa dijaga...
-----> okey sep2 kito...harap pakat alert la dengan jadual tu...tumpukan pada lapangan kita...moga ALLAH memudahkan urusan Tabuh Pendeta...!!!...

M.Nasir - Langgam Pok Dogo - Lirik



  

Lirik-bukan sebarang lirik...kita patut berbangga apabila seni kita di angkat ke tempat yang lebih tinggi...al-faatihah kepada tokoh-tokoh dikir barat yang telah meninggal dunia...patah tumbuh, hilang berganti...

dikir karut-Mat Mascoby,Muslih Sang Saka,Mie Harimau, Sunan Malaya



 

BISMILLAHI RAHMAANI RAHIIM...syukur ku kepada ALLAH tuhan yang sentiasa melimpahkan rezeki tanpa berbeda latar agama...Engkaulah tuhan yang memiliki Langit dan Bumi...selawat serta salam junjungan besar nabi Muhammad S.A.W...'AKU MERINDUIMU'...

ALHAMDULILLAH...sekali lagi diberi kesempatan masa dan waktu juga idea daripada ALLAH tuhan seluruh agama dan agama yang benar hanyalah ISLAM...ALLAH...ALLAH...ALLAH

Video di atas bertempat di Dataran Merdeka, sempena penganjuran Bazar Seni Industri Kreatif Budaya yang dilangsungkan setiap bulan minggu ke-2, berhasrat seni warisan 'Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'...Terima Kasih dan syabas buat Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara (JKKN) di atas kesedaran ini...thanks a lot...!!!

Sunan sebenarnya amat berterima kasih kepada adiguru (ABE YIE  http://arjunasukma.com/) di atas kepercayaan untuk sama-sama menghiburkan rakyat Kuala Lumpur di Pentas yang cukup besar bagi Sunan...moga ALLAH mempermudahkan segala urusanmu guru!!!...

Okey...cerita di sebalik video tu...12/5/2012...mungkin menjadi satu sejarah buat Sunan. 4 orang yang berada dalam video tu, dua daripadanya adalah guru hamba..."Mat mascoby dan Muslih Sang Saka"...Sunan ni dikira beruntungla sebab dapat buat show bersama guru sendiri...banyaklah pengajaran, kritikan, dorongan yang Sunan dapat hasil daripada 'perbuatan' di pentas itu...dalam hidup ini...Sunan terlalu suka untuk belajar berdasarkan pengalaman...memang, kesalahan mesti ada...pun begitu, hanya itulah yang dapat membuatkan kita lebih hebat di masa hadapan.!!!

Kalau nak ikutkan, ini adalah persembahan yang ke....(belas-belas) kot...hehe...al-hasil...ternyata apabila Sunan melihat pada persembahan yang pertama dan yang terbaru, memang banyak ketara perbezaannya...lebih maju kot dan semakin kurang kesalahan dilakukan...xpe...sekurang-kurangnya tidaklah termasuk sebagaimana hadis nabi...orang yang celaka adalah hari ini lebih teruk dari semalam, orang yang terpedaya adalah hari ini sama dengan semalam dan akhir, orang yang untung adalah orang yang lebih baik dari semalam...so...yang ketiga la kot...hehe

Sunan sendiri dapat merasakannya...alhamdulillah...setiap peluang Sunan akan sentiasa gunakannya dan seperti biasa, setiap kali buat persembahan, ilmu baru yang berlainan akan dapat, yang mana takkan terdapat di mana-mana pelajaran sekolah, melainkan dengan diri sendiri mencubanya...

Setiap pentas adalah berbeza. Berbeza disebabkan oleh situasinya, audiennya, mekanismanya, waktunya...sebab itu, kalau sudah berjaya di Dataran Merdeka, belum tentu boleh berjaya di pentas yang menyusul...'Berjaya' di sini bermaksud berjaya menghiburkan penonton...pelajaran yang dapat diambil di sini, sebelum membuat persembahan, kaji dahulu audiennya, tajuknya, gaya persembahannya....sebab itu perlunya pengalaman membimbing kejayaan kita di atas pentas!
'NO EXPERIENCE, NO WINNER'...

Hasil daripada persembahan itu, Sunan memohon untuk abang Halim Yazid (juga Guru Sunan) berkomentar sedikit kebetulan beliau ada semalam bersama keluarganya....














"It seem like you should practive more and try harder," katanya kepada Sunan...

Sabtu, 12 Mei 2012

Terbaik

Menjadi yang terbaik tidaklah mustahil, tapi memerlukan daya usaha, keinginan, serta kemahuan yang jelas bagi memastikan apa yang dikejar benar-benar dapat. Setiap orang mesti mahu menjadi yang terbaik, mana ada orang yang mahu menjadi 'biasa-biasa' saja...kalau ada bermakna orang itu kurang jelas matlamatnya....yelah...dalam setiap perjalanan kita mesti biar sampai ke puncak destinasi yang dituju, kalau hanya sampai sekerat jalan...erm...kasihan...

Bercakap lebih mudah daripada membuktikannya sendiri, sebab itulah ukuran kejujuran seseorang dapat dinilai di sini...kata mencintai tetapi kenapa mendustai...kata sayang tetapi kenapa curang. Tingkah laku kita sebenarnya mengukuhkan atas apa yang kita ucapkan...berbalik kepada persoalan, 'MENJADI YANG TERBAIK'.  Yeahh...kalau itu bagai yang dikata, maka tolonglah untuk membuktikannya dengan perbuatan kita...nak dapat exam nombor 1 tapi malas mengulang kaji pelajaran, so dapat x? Kate jugak nak masuk syurga ALLAH, tapi sembahyang tak buat!!! So, dapat x?

hehe...itu baru sahaja mukaddimah...ni baru nak masuk isi...jadi bagaimana untuk menjadi yang terbaik?

1- Menjadi orang bodoh

Ya...terlebih dahulu, kita mesti menjadi orang yang bodoh means orang yang paling tidak tahu...dan memang itulah adab-adab dalam Islam meskipun kita sudah tahu atau berlainan pendapat.

2- Terima Kritikan

Ini sudah semestinya, belajar tanpa kritikan akan membuatkan kita tumpul seni, syok sendiri dan yang lebih teruk menganggap kita lebih hebat. Terimalah kritikan dengan terbuka keran kritkan sebenarnya mencerminkan kelemahan kita...atasilah setiap kelemahan kita dengan kritikan membina daripada guru, kawan dan jugak musuh.

3- Meniru orang yang telah berjaya

Meniru di sini bukan lah plagiat atau menciplak hasil seni orang, akan tetapi lebih menjurus kepada 'bagaimana' cara yang dilakukan oleh orang itu sehingga dia berjaya.

4- Jadikan Kesilapan Guru Paling Berguna

Pengalaman mendewasakan akal fikir, tingkah laku dan sebagainya...


                 (penulis menulis berdasarkan pengalamannya dalam meniti arus seni dikir barat)

Selasa, 8 Mei 2012

Aku Cipta Sebuah Sajak Palsu

Riuh sekampung mendengar alunan asyik
Sambil melaung terpekik-pekik
Mencari untung yang sudah pun carik
Padahal bohongnya jelas walaupun tatapnya cantik...

Yang asyik terus dibuai mimpi
Yang terpekik terus tak sedari
Yang carik terus ditampung tanpa sepi
Yang cantik terus mengintai kosong diri

Tak terbatas dunia ini kalau mahu yang mahu
Asal saja tahu begini agar tak jemu
Permainan seni bukan hanya untuk kamu
Untuk juga yang terkini, yang lama, dan bakal bertamu

Sengaja aku cipta sebuah sajak palsu
Permainan dusta tipu menipu
Agar semua percaya inilah melayu
Yang bersih hanya wata' maitu...

~kharla



Jom Kenal Dikir Barat...



PENGENALAN DIKIR BARAT


          Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

          Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

           Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.


ASAL  USUL

a)   Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam.

Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua- dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

b)   Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.

Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.


c)   Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang.

Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan
lagi dikir barat.


AHLI KUMPULAN
Tukang Karut perlu berdiri semasa mengalunkan lagu

          Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awak-awak (Selalunya antara 15 ke 30 orang).

a)   Tukang Karut

Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir dua kali.


b)   Juara @ Tok Jogho

Juara merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, juara juga terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya di awal permainan) , tapi masanya tidaklah lama, Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan, tetapi Tukang Karut mendendangkan karutnya sambil berdiri.

c)    Awak-awak

Awak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat. Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak.
Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan seorang ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.


LAGU KARUT DIKIR BARAT

Di antara lagu-lagu Dikir Barat yang terkenal ialah:
1.    Karut Kelantan Cepat.
2.    Karut Kelantan Anjur (Perlahan)
3.    Karut Petani
4.    Karut Wok Yoh
5.    Karut Pendek
6.    Karut Yengki Cepat
7.    Karut Yengki Anjur
8.    Karut Yengki Tengahan (Sederhana)
9.    Karut Yengki Ding Ding
10.  Karut Hala
11.  Karut Selampit
12.  Karut Menora
13.  Karut Jenaka Mak Yong
14   Karut Wau Bulan
 Ada tiga jenis irama  Dikir :-

1.    Irama Asli
2.    Irama Padang Pasir.
3.    Irama Hindustan.

PEMBAHARUAN DALAM DIKIR BARAT

   Semenjak pihak RTM (Radio dan Televisyen Malaysia) menyiarkan Dikir Barat ini sebagai salah satu rancangannya dan juga semenjak diadakan pertandingan Dendang Rakyat yang sekarang ini dikenali sebagai Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan, Dikir Barat ini mengalami beberapa proses perubahan dari beberapa segi.  Perubahan dan pembaharuan terdapat di dalam bentuk pakaian, tempat, cara persembahan dan juga lagu-lagu yang didikirkan.

   Pada asalnya tidak ada pakaian seragam di dalam permainan dikir barat, tapi sejak kebelakangan ini dan sejak diadakan pertandingan Dikir Barat dalam Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan kebanyakan pasukan Dikir Barat ada mempunyai pakaian seragam bagi kumpulan masing-masing.

   Lagu-lagu yang didikirkan kebanyakannya bertemakan pembangunan, dasar ekonomi baru kerajaan, pembelajaran, perpaduan, kebudayaan dan lain-lain. Tidak terdapat lagu-lagu berunsur lucah didikirkan seperti beberapa tahun yang lalu.

   Di peringkat antarabangsa pula, dikir barat telah menjadi aktiviti para muda mudi di Singapura. Dikir barat di sana begitu hebat aktivitinya sehinggakan terdapat lebih daripada 5 pertandingan sepanjang tahun dan dijalankan secara komersial dan besar besaran.

   Untuk mengekalkan budaya dikir barat di Malaysia, pertandingan di peringkat sekolah telah diadakan pertandingan ini setiap tahun yang mana diselitkan dalam Karnival Seni Pencegahan Dadah.

PENUTUP

   Demikianlah persembahan Dikir Barat yang asalnya adalah dalam bentuk Dikir yang diubah suai dengan pantun-pantun yang ada dalam masyarakat melayu. Kemudiannya diselit dengan lagu-lagu lucu, sedih dan sebagainya.

   Dikir Barat ini berkembang begitu pesat dengan tertubuhnya beberapa kumpulan Dikir Barat di tanahair dan telah menjalani beberapa proses perubahan dan pembaharuan.  Dikir Barat bukan sahaja sebagai arena hiburan tetapi ianya juga mampu menyampaikan "mesej"  Kerajaan kepada rakyat dan cara pemikiran masyarakat.

Peralatan muzik yang digunakan dalam dikir barat termasuk rebana ibu, rebana anak, marakas, canang dan gong.