Tabuh Pendeta secara harfiahnya "TArikan BUdaya melalui PENdekatan TA'abbudiyyah"...adalah merupakan sebuah nama kumpulan dikir barat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)...alhamdulillah sedang meningkat naik reputasinya...dianggotai seramai lebih 30 orang termasuk pelapis baru...diketuai oleh Tengku Helmi aka (RoyMantika) Tok Jogho, dan Zul Afkar Al-Husna aka (Sunan Malaya) Tukang Karut,..
Bersiap-siaga barisan yuda Tabuh Pendeta...demikian segala qada' pengingat telah diberikan...ada yang suka-suka, ada yang suka-duka...huh..huh..huh..irama teruja...yeah...bulan 5 ni, alhamdulillah rezeki mencurah-curah datang kepada kumpulan kami (Tabuh Pendeta)...semakin banyak jugakla kami beroleh pengalaman dan pelajaran baru hasil daripada semua itu...sekurang walau tidak hebat digelar, kami sudah tidak sekecil dari mual tumbuh...
Berikut tentatif Tabuh Pendeta Bulan MEI:
1- 16/5 = Persembahan Aksis...datangla beramai-ramai menyaksikan kumpulan kami dengan persembahan yang lain daripada yang lain...
2- 18/5 = Persembahan dikir llabo di kedai makan kat sutera indah sempena penjualan cd dikir Red Warrior...
Tabuh Pendeta vs Senawang
3- 23/5 = Persembahan Dikir Kreatif di Putrajaya...tempat belum dapat dipastikan lagi...terdapat juga kumpulan dikir barat yang lain dari Lembah Klang dan sebagainya...konsep yang dipersembahkan mesti kreatif dan jangan terikat pada dikir barat...menarik kan?...datangla....huhuhu
4- 26/5= Pertandingan Dikir Barat di Ampang...hadiah juara rm2000...(tengoh xdop pitih nih)...haha
5- 28-30/5= Persembahan dikir di Singapura di bawah Akademi Dikir Barat Arjunasukma ...
(Tukang Karut sahaja)hehe...sempena Singapore Festival Arts 2012...
Tok Juara...Tengku Helmy...wah...gembira nampak!!!..dont be folding babeh...haha
Namanya Azreen...ketua awak-awak, orang kuat dalam kumpulan kami...solute you!!!
Inilah kekuatan kami...Hubungan dengan ALLAH sentiasa dijaga...
-----> okey sep2 kito...harap pakat alert la dengan jadual tu...tumpukan pada lapangan kita...moga ALLAH memudahkan urusan Tabuh Pendeta...!!!...
Lirik-bukan sebarang lirik...kita patut berbangga apabila seni kita di angkat ke tempat yang lebih tinggi...al-faatihah kepada tokoh-tokoh dikir barat yang telah meninggal dunia...patah tumbuh, hilang berganti...
BISMILLAHI RAHMAANI RAHIIM...syukur ku kepada ALLAH tuhan yang sentiasa
melimpahkan rezeki tanpa berbeda latar agama...Engkaulah tuhan yang
memiliki Langit dan Bumi...selawat serta salam junjungan besar nabi
Muhammad S.A.W...'AKU MERINDUIMU'...
ALHAMDULILLAH...sekali lagi diberi kesempatan masa dan waktu juga idea
daripada ALLAH tuhan seluruh agama dan agama yang benar hanyalah
ISLAM...ALLAH...ALLAH...ALLAH
Video di atas bertempat di Dataran Merdeka, sempena penganjuran Bazar
Seni Industri Kreatif Budaya yang dilangsungkan setiap bulan minggu
ke-2, berhasrat seni warisan 'Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'...Terima Kasih dan syabas buat Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara (JKKN) di atas kesedaran ini...thanks a lot...!!!
Sunan sebenarnya amat berterima kasih kepada adiguru (ABE YIE
http://arjunasukma.com/) di atas kepercayaan untuk sama-sama
menghiburkan rakyat Kuala Lumpur di Pentas yang cukup besar bagi
Sunan...moga ALLAH mempermudahkan segala urusanmu guru!!!...
Okey...cerita di sebalik video tu...12/5/2012...mungkin menjadi satu
sejarah buat Sunan. 4 orang yang berada dalam video tu, dua daripadanya
adalah guru hamba..."Mat mascoby dan Muslih Sang Saka"...Sunan ni dikira
beruntungla sebab dapat buat show bersama guru sendiri...banyaklah
pengajaran, kritikan, dorongan yang Sunan dapat hasil daripada
'perbuatan' di pentas itu...dalam hidup ini...Sunan terlalu suka untuk
belajar berdasarkan pengalaman...memang, kesalahan mesti ada...pun
begitu, hanya itulah yang dapat membuatkan kita lebih hebat di masa
hadapan.!!!
Kalau nak ikutkan, ini adalah persembahan yang ke....(belas-belas)
kot...hehe...al-hasil...ternyata apabila Sunan melihat pada persembahan
yang pertama dan yang terbaru, memang banyak ketara perbezaannya...lebih
maju kot dan semakin kurang kesalahan
dilakukan...xpe...sekurang-kurangnya tidaklah termasuk sebagaimana hadis
nabi...orang yang celaka adalah hari ini lebih teruk dari semalam,
orang yang terpedaya adalah hari ini sama dengan semalam dan akhir,
orang yang untung adalah orang yang lebih baik dari semalam...so...yang
ketiga la kot...hehe
Sunan sendiri dapat merasakannya...alhamdulillah...setiap peluang Sunan
akan sentiasa gunakannya dan seperti biasa, setiap kali buat
persembahan, ilmu baru yang berlainan akan dapat, yang mana takkan
terdapat di mana-mana pelajaran sekolah, melainkan dengan diri sendiri
mencubanya...
Setiap pentas adalah berbeza. Berbeza disebabkan oleh situasinya,
audiennya, mekanismanya, waktunya...sebab itu, kalau sudah berjaya di
Dataran Merdeka, belum tentu boleh berjaya di pentas yang
menyusul...'Berjaya' di sini bermaksud berjaya menghiburkan
penonton...pelajaran yang dapat diambil di sini, sebelum membuat
persembahan, kaji dahulu audiennya, tajuknya, gaya
persembahannya....sebab itu perlunya pengalaman membimbing kejayaan kita
di atas pentas!
'NO EXPERIENCE, NO WINNER'...
Hasil daripada persembahan itu, Sunan memohon untuk abang Halim Yazid
(juga Guru Sunan) berkomentar sedikit kebetulan beliau ada semalam
bersama keluarganya....
"It seem like you should practive more and try harder," katanya kepada Sunan...
Menjadi yang terbaik tidaklah mustahil, tapi memerlukan daya usaha, keinginan, serta kemahuan yang jelas bagi memastikan apa yang dikejar benar-benar dapat. Setiap orang mesti mahu menjadi yang terbaik, mana ada orang yang mahu menjadi 'biasa-biasa' saja...kalau ada bermakna orang itu kurang jelas matlamatnya....yelah...dalam setiap perjalanan kita mesti biar sampai ke puncak destinasi yang dituju, kalau hanya sampai sekerat jalan...erm...kasihan...
Bercakap lebih mudah daripada membuktikannya sendiri, sebab itulah ukuran kejujuran seseorang dapat dinilai di sini...kata mencintai tetapi kenapa mendustai...kata sayang tetapi kenapa curang. Tingkah laku kita sebenarnya mengukuhkan atas apa yang kita ucapkan...berbalik kepada persoalan, 'MENJADI YANG TERBAIK'. Yeahh...kalau itu bagai yang dikata, maka tolonglah untuk membuktikannya dengan perbuatan kita...nak dapat exam nombor 1 tapi malas mengulang kaji pelajaran, so dapat x? Kate jugak nak masuk syurga ALLAH, tapi sembahyang tak buat!!! So, dapat x?
hehe...itu baru sahaja mukaddimah...ni baru nak masuk isi...jadi bagaimana untuk menjadi yang terbaik?
1- Menjadi orang bodoh
Ya...terlebih dahulu, kita mesti menjadi orang yang bodoh means orang yang paling tidak tahu...dan memang itulah adab-adab dalam Islam meskipun kita sudah tahu atau berlainan pendapat.
2- Terima Kritikan
Ini sudah semestinya, belajar tanpa kritikan akan membuatkan kita tumpul seni, syok sendiri dan yang lebih teruk menganggap kita lebih hebat. Terimalah kritikan dengan terbuka keran kritkan sebenarnya mencerminkan kelemahan kita...atasilah setiap kelemahan kita dengan kritikan membina daripada guru, kawan dan jugak musuh.
3- Meniru orang yang telah berjaya
Meniru di sini bukan lah plagiat atau menciplak hasil seni orang, akan tetapi lebih menjurus kepada 'bagaimana' cara yang dilakukan oleh orang itu sehingga dia berjaya.
4- Jadikan Kesilapan Guru Paling Berguna
Pengalaman mendewasakan akal fikir, tingkah laku dan sebagainya...
(penulis menulis berdasarkan pengalamannya dalam meniti arus seni dikir barat)
Riuh sekampung mendengar alunan asyik
Sambil melaung terpekik-pekik
Mencari untung yang sudah pun carik
Padahal bohongnya jelas walaupun tatapnya cantik...
Yang asyik terus dibuai mimpi
Yang terpekik terus tak sedari
Yang carik terus ditampung tanpa sepi
Yang cantik terus mengintai kosong diri
Tak terbatas dunia ini kalau mahu yang mahu
Asal saja tahu begini agar tak jemu
Permainan seni bukan hanya untuk kamu
Untuk juga yang terkini, yang lama, dan bakal bertamu
Sengaja aku cipta sebuah sajak palsu
Permainan dusta tipu menipu
Agar semua percaya inilah melayu
Yang bersih hanya wata' maitu...
Dikir
Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat
Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung
dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan
yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut
sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar
dengan suara yang kuat dan lantang.
Dikir barat ini
boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini
biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis
perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia
tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip
wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater
tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering
menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut
perkembangan zaman.
Perkataan Dikir
ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan
karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut
dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan
Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih
terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
ASAL
USUL
a) Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam.
Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang
mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang
lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri
Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan
Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri
Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua- dua
buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung dikir ini
dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke
Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan
pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan
keadaan sekeliling dan suasana tempatan.
b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.
Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana
pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau
memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu
hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah
sedia ada seperti Rebana Besar.
c) Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang.
Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan.
Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh Tapang atau nama
sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota
Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal
dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan
pantun-pantun di dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke
Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan
Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara
berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar
Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya
terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan
lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah
dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan
lagi dikir barat.
AHLI KUMPULAN
Tukang Karut perlu berdiri semasa mengalunkan lagu
Di
dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut ,
seorang juara dan beberapa orang awak-awak (Selalunya antara 15 ke 30 orang).
a) Tukang Karut
Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan
dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan
bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut
seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang
dikemukakan tanpa berfikir dua kali.
b) Juara @ Tok Jogho
Juara merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya
ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, juara juga
terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya di awal
permainan) , tapi masanya tidaklah lama, Juara berdikir sambil duduk di
sepanjang permainan, tetapi Tukang Karut mendendangkan karutnya sambil berdiri.
c) Awak-awak
Awak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat.
Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada
praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak.
Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun
ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan seorang ketua yang dipanggil
"Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam
permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.
LAGU KARUT DIKIR BARAT
Di antara lagu-lagu Dikir Barat yang terkenal ialah:
1. Karut Kelantan Cepat.
2. Karut Kelantan Anjur (Perlahan)
3. Karut Petani
4. Karut Wok Yoh
5. Karut Pendek
6. Karut Yengki Cepat
7. Karut Yengki Anjur
8. Karut Yengki Tengahan (Sederhana)
9. Karut Yengki Ding Ding
10. Karut Hala
11. Karut Selampit
12. Karut Menora
13. Karut Jenaka Mak Yong
14 Karut Wau Bulan
Ada tiga jenis irama Dikir :-
1. Irama Asli
2. Irama Padang Pasir.
3. Irama Hindustan.
PEMBAHARUAN DALAM DIKIR BARAT
Semenjak pihak RTM (Radio dan Televisyen Malaysia) menyiarkan
Dikir Barat ini sebagai salah satu rancangannya dan juga semenjak diadakan
pertandingan Dendang Rakyat yang sekarang ini dikenali sebagai Pertandingan
Dikir Barat Kebangsaan, Dikir Barat ini mengalami beberapa proses perubahan
dari beberapa segi. Perubahan dan pembaharuan terdapat di dalam bentuk
pakaian, tempat, cara persembahan dan juga lagu-lagu yang didikirkan.
Pada asalnya tidak ada pakaian seragam di dalam permainan
dikir barat, tapi sejak kebelakangan ini dan sejak diadakan pertandingan Dikir
Barat dalam Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan kebanyakan pasukan Dikir Barat
ada mempunyai pakaian seragam bagi kumpulan masing-masing.
Lagu-lagu yang didikirkan kebanyakannya bertemakan
pembangunan, dasar ekonomi baru kerajaan, pembelajaran, perpaduan, kebudayaan
dan lain-lain. Tidak terdapat lagu-lagu berunsur lucah didikirkan seperti
beberapa tahun yang lalu.
Di peringkat antarabangsa pula, dikir barat telah menjadi
aktiviti para muda mudi di Singapura. Dikir barat di sana begitu hebat
aktivitinya sehinggakan terdapat lebih daripada 5 pertandingan sepanjang tahun
dan dijalankan secara komersial dan besar besaran.
Untuk mengekalkan budaya dikir barat di Malaysia,
pertandingan di peringkat sekolah telah diadakan pertandingan ini setiap tahun
yang mana diselitkan dalam Karnival Seni Pencegahan Dadah.
PENUTUP
Demikianlah persembahan Dikir Barat yang asalnya adalah dalam
bentuk Dikir yang diubah suai dengan pantun-pantun yang ada dalam masyarakat
melayu. Kemudiannya diselit dengan lagu-lagu lucu, sedih dan sebagainya.
Dikir Barat ini berkembang begitu pesat dengan tertubuhnya
beberapa kumpulan Dikir Barat di tanahair dan telah menjalani beberapa proses
perubahan dan pembaharuan. Dikir Barat bukan sahaja sebagai arena hiburan
tetapi ianya juga mampu menyampaikan "mesej" Kerajaan kepada
rakyat dan cara pemikiran masyarakat.
Peralatan muzik yang digunakan dalam dikir barat termasuk rebana ibu, rebana anak, marakas, canang dan gong.