SKETSA

Isnin, 23 April 2012

Tabuh Pendeta cuba nasib pertandingan di RTM

MANTAP...menunggu separuh masa kedua bermula
SEWAKTU tiba di perkarangan studio rakaman

NILAI – Kumpulan Dikir Barat Tabuh Pendeta, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), buat julung kalinya ‘mencuba nasib’ dengan menyertai Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2012, peringkat saringan anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), bertempat di Angkasapuri, Kuala Lumpur, dekat sini.
“Inilah kali pertama kumpulan kami menyertai pertandingan yang berprestij, harap-harap dapatlah masuk ke peringkat seterusnya,” jelas Tengku Helmy Farhan Raja Za’im, 20, yang juga sebagai tok juara kumpulan.
Seramai 22 orang ahli terlibat termasuk tok juara dan tukang karut , 15 awak-awak, dan lima pemuzik yang terdiri daripada fakulti berlainan.
Selain daripada itu, pertandingan ini juga disertai oleh lapan kumpulan yang rata-ratanya dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Ketua kumpulan, Muhammad Azreen Yahya, 22, berkata, “Alhamdulillah, walaupun persaingan sengit, kami telah menunjukkan persembahan yang terbaik kerana kami ada tukang karut atau gelaran (Sunan Malaya) yang pandai mencuit hati hadirin melalui aksi lucu spontan dan isi kata yang tepat.”
Menurut penerbit,  Encik Roslan, format pertandingan kali ini berbeza dari sebelumnya yang mana pemilihan dibuat berdasarkan pemilihan audien melalui radio yang akan disiarkan pada setiap hari rabu sebelah petang, dan diwakili beberapa juri berpengalaman. Keputusan peringkat saringan ini akan diumumkan pada penghujung bulan Mei nanti.
TEMPAT rakaman Pertandingan Dikir Barat peringkat saringan
“Hanya lapan kumpulan sahaja daripada seluruh Malaysia yang akan kami pilih untuk ke peringkat seterusnya  dan empat kumpulan pada separuh akhir.
Manakala untuk final kita akan siarkan secara langsung di RTM  dengan diwakili dua pasukan terhebat untuk berentap merebut gelaran juara dikir barat kebangsaan,” katanya selepas sesi saringan yang berakhir pada jam 5 petang.
          Pertandingan yang sudah lebih 10 tahun dianjurkan ini dibuat seluruh Malaysia dengan tarikh yang berlainan mengikut negeri masing-masing dan juga terbuka kepada mana-mana kumpulan kecuali kumpulan yang pernah menjuarai pertandingan sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan